Pada pertengahan November lalu, pasangan selebriti Bollywood terkenal, Deepika Padukone dan Ranveer Singh telah sah menjadi suami isteri. Pasangan itu mula menyemai benih cinta sejak lima tahun lalu ketika membintangi filem Goliyon Ki Raasleela arahan Sanjay Leela Bhansali.

Gambar Rasmi Perkahwinan Mula Dimuat Naik

Setelah beberapa minggu menanti, akhirnya peminat dihadiahkan pasangan ini dengan gambar perkahwinan mereka yang kelihatan begitu cantik! Beberapa persaliann telah dipakai Deepika dan Ranveer bagi mengabadikan hari bahagia mereka dalam potret sebagai kenang-kenangan.

Peminat Doakan Yang Terbaik

Melihatkan pada busana mereka, baik tradisi India mahupun moden, gambar mereka cukuo berseri malah ada peminat yang menganggap pasangan ini seperti simbolik wajah asli India.

Ternyata perkahwinan mereka antara yang mencuri perhatian pada tahun ini dan tidak mustahil boleh dinobatkan sebagai salah satu wedding of the year. Tahniah Deepika dan Ranveer!