Sekali lagi, penampilan terbaru Neelofa telah mencuri perhatian para netizen. Neelofa terlihat anggun dan jelita mengenakan turban unik dan busana klasik ketika menghadiri sebuah majlis fesyen di Shanghai, China.

IKLAN

Jaket Gucci yang dipilih Neelofa itu berwarna biru gelap diserikan dengan corak floral berwarna kuning. Skirt yang dipilih menampilkan sedikit warna lain pada corak bunga iaitu merah jambu. Jaket tersebut, dilihat dari laman rasmi Gucci berharga 1,980 Euro atau setara RM9,387.76. Manakala skirt labuh itu berharga 1,400 Euro iaitu bersamaan dengan RM6637.00.

BACA  Mangsa Tikaman Netizen! Ini Kronologi Sebenar Kenyataan Abby Abadi Terhadap BLACKPINK

Tidak terkecuali, busana Neelofa ini dilengkapkan dengan kemeja lengan panjang berwarna putih berharga $1,500 iaitu sekitar RM6,267.

Nampaknya, bukan kami di Hangat.com sahaja yang menyukai penampilan Neelofa itu, tetapi ramai lagi di kalangan netizen. Pada masa sama, jika sebelum ini fesyen Neelofa sering dikritik, namun kali ini beberapa komen netizen kembali menyukainya selepas berpenampilan sebegitu.