Seorang bintang filem Mesir telah dituduh melakukan pencabulan umum selepas dia menghadiri Festival Filem Kairo dengan mengenakan gaun nipis yang memperlihatkan kakinya, menurut 9news.

Rania Youssef mengenakan gaun manik-manik hitam yang tertutup di bahagian atasnya dan kain jarang di bahagian bawahnya pada upacara penutup Festival Filem Kairo pada hari Khamis (29/11/2018). Pakaiannya mengundang kecaman yang menuduh aktres berusia 44 tahun itu dituduh telah melanggar undang-undang dan mempromosikan perilaku buruk.

Aduan ke atas Rania Youssef ini diajukan kepada pegawai kehakiman di Mesir oleh sekelompok peguam, seperti dilaporkan oleh laman Reuters pada hari Sabtu (1/12/2018).

Rania Youssef akan menghadapi perbicaraan di Mahkamah pada 12 Januari di atas  dakwaan ini.

Gambar gaun yang dikenakan Rania Youssef menjadi viral di media sosial, dengan beberapa pengguna mengecam namanya dan yang lainnya membela haknya untuk memakai apa yang diinginkannya.

Mesir adalah negara yang kebanyakan bersikap konservatif dengan majoriti Muslim. Jadi tak hairanlah mereka mengutuk sekeras-kerasnya jika wanita berpakaian seksi sebegini.

Artikel SebelumnyaMati Dibunuh? Kisah Cinta ‘Isteri’ Anuar Zain Bersambung Dalam MV Belahan Hati
Artikel SeterusnyaGadis Misteri Ganggu Hafiz Hamidun Selepas Isu ‘Nabi Seungri’
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.