Jika semalam kami telah memuat naik artikel mengenai sebuah isu di media sosial mengenai seorang gadis misteri yang menganggap salah seorang ahli kumpulan Big Bang, Seungri sebagai Nabi Isa dan turutditegur Da’i Wan Dazrin.

Gadis Misteri Ganggu Hafiz Hamidun

Tidak lama kemudian, gadis tersebut dikatakan menganggu penyanyi, Hafiz Hamidun pula. Kongsi Hafiz di laman Twitter nya, dia tidak mengenali gadis itu dan lebih menakutkan akui gadis itu lagi dia pernah termimpikan penyanyi itu suatu ketika dahulu.

Terjah Pejabat Hafiz

Bukan itu sahaja, menurut Hafiz gadis itu turut datang ke pejabat nya serta meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi. Tidak cukup dengan itu, dia menghubungi pula pengurus Hafiz bagi membuat temu janji untuk bertemu dengannya.

Melihatkan pada situasi yang agak menakutkan itu, Hafiz telah membuat satu laporan polis dan pihak keluarga gadis itu turut menghubungi pengurusnya dan memberitahu dia sudah lari dari rumah sejak 13 November yang lalu.  Bagaimana pun, tidak lama kemudian Hafiz sudah memadam tweet tersebut dan mengharapkan yang terbaik untuk gadis tersebut.