Sejak semalam hangat memperkatakan mengenai gambar yang dimuat naik pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza yang seolah-olah memberi gambaran mereka kini sedang dilamun cinta.Menguatkan lagi spekulasi berkenaan adalah status romantis mereka serta ucapan dari ibu Zahirah sendiri, Maslida Yusoff.

Ibu Doakan Hubungan Berkekalan Sehingga Ke Syurga

Ucapan itu dibuat Maslida menerusi Instagram nya dimana dia mendoakan agar hubungan anaknya itu bersama Aiman akan berkekalan sehingga ke syurga. Malah Maslida turut berpesan kepada Aiman agar menjaga Zahirah dengan baik. Gembira dengan ‘restu’ tersebut, Zahirah turut mengucapkan terima kasih kepada ibunya.

” Semuanya Allah yang aturkan, mama dan ayah doa semoga kekal hingga ke jannah”

Netizen Anggap Zahirah Dan Aiman Pasangan Secocok

Melihatkan pada gambar mereka bersama. peminat-peminat juga gembira dan mendoakan hubungan pasangan ini akan ke jinjang pelamin.

View this post on Instagram

Now until forever, Insyaallah. . #zahirAH

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on

Malah mereka turut memuji sikap kedua-dua pelakon ini dan menyifatkan Zahirah dan Aiman sebagai pasangan yang secocok. Tahniah diucapkan!