Sebelum ini sedikit heboh mengenai rumahtangga pasangan selebriti Vanidah Imran dan Rashidi Ishak yang dikatakan sedang berantakkan apatah lagi pasangan itu turut dilihat ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 9 Ogos lalu. Dipetik dari Mstar, Vanidah sendiri tidak mahu memanjangkan gosip itu jika dia memberi sebarang kenyataan mengenainya.

Difahamkan pasangan itu berpisah cara baik dan segala hak penjagaan anak diserahkan kepada Vanidah atau lebih mesra dipanggi Vee. Vee dan Rashidi, 45, berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 17, dan Maryam Rashika, 14.

Terbaru sekeping gambar yang dimuatnaik di Instagram miliknya telah menimbulkan tanda tanya dikalangan pengikutnya. Foto itu menunjukkan sepasang pengantin sedang meraikan hari perkahwinan sambil memotong kek. Tanpa membaca kapsyen, rata-rata netizen menyangka ia adalah hari perkahwinan Vee bersama suami barunya. Tidak kurang juga, ada peminat yang terkejut bahawa sebenarnya Vee dan Rashidi sudah bercerai.

Nampak sama tapi bukan Vee! Itulah hakikatnya. Pengantin sebenar yang bernama Ida Ghazali ini memiliki raut wajah mirip seperti Vee. Lebih mengujakan apabila Ida sendiri meninggalkan komen di Instagram Vee tersebut. Apa yang dia cakap eh?

Yang pasti mereka cuma pelanduk dua serupa je. Sekali pandang memang saling tak tumpah dengan wajah Vee.

Artikel SebelumnyaIbu Mertua Hadiahkan Priyanka Chopra Anting-Anting Harga Lebih RM 300 Ribu!
Artikel SeterusnyaIbu Restui Hubungan Zahirah Macwilson Bersama Aiman Hakim Ridza
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.