Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini negara digemparkan dengan satu isu kuil India di Subang yang turut melibatkan isu sensitiviti perkauman dek kerana segelintir pihak yang menaikkan isu tersebut.

Kesal Dengan Isu Perkauman 

Lantaran itu, ramai yang tidak berpuas hati dan enggan membuatkan isu tersebut berpanjangan. Turut merasa dukacita dengan peristiwa tersebut adalah Permaisuri Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Iskandar Al- Mutawakkil Alallahi Shah Afifurlah. Menerusi coretan Baginda di laman rasmi Facebook nya, Raja Zarith berasa kesal dengan isu tersebut dan turut berkongsi kisah pekerjanya berbangsa India yang begitu banyak berjasa pada kerabat diraja Johor.

Menjadi Pengasuh Anak-Anak

Kongsi Raja Zarith lagi, ketika anak-anak baginda masih kecil, terdapat beberapa orang pekerja yang dikenali sebagai Mohan, Dato’ Subramanyam Balan, Dato Singaravello dan Dato Sugumaran yang sentiasa berada menemani dan membantu mereka sekeluarga tanpa kira sebarang waktu.

Raja Zarith Ucap Terima Kasih

Tambah permaisuri kesayangan rakyat Johor itu, mereka sekeluarga seperti terhutang budi kepada keempat-empat individu itu selain turut mengucapkan terima kasih atas jasa yang dicurahkan selama ini.

Perkongsian itu dibuat oleh Raja Zarith bagi menunjukkan kesetiaan yang diberi oleh mereka tanpa mengira sebarang bangsa. Sesuatu yang cukup menginspirasikan!

SUMBERThe Royal Johor
Artikel SebelumnyaSelepas Dibebaskan Dari Lokap, Papa Gomo Luahkan Rasa Rindu
Artikel Seterusnya[REVIEW] The Wrath Masih Mendebarkan Walaupun Jalan Cerita Perlahan
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress