Semalam Hangat.com dengan kerjasama GSC Movies telah mengadakan tayangan awal filem seram Korea yang berjudul The Wrath. Filem yang berdurasi hampir 120 minit ini ternyata membuatkan penonton terpaku sebentar dengan pelbagai elemennya.

Jalan Cerita Sedikit Perlahan

Saat tirai pembukaan filem ditayangkan, penonton terlebih dahulu dikejutkan dengan suara tangisan hantu yang sememangnya menyeramkan! Pujian harus diberikan pada produksi filem ini kerana berjaya menggabungkan beberapa elemen termasuk thriller biarpun bayangan situasi dalam jalan cerita ini digambarkan sekitar sebelum perang dunia ke dua.

Namun begitu, mencacatkan sedikit perasaan mendebarkan itu adalah sinematografi nya yang agak sedikit perlahan sekaligus membuatkan perasaan cemas mahupun mendebarkan itu hilang secara perlahan-lahan. Apa pun, ianya masih lagi menjadi satu naskhah menarik untuk ditonton selain memperlihatkan kuasa seorang wanita yang diamalkan di negara Korea.

Sinopsis The Wrath

The Wrath mengisahkan mengenai misteri yang melanda sebuah keluarga di era Joseon dimana setiap pewaris lelaki akan mati secara mengejut pada malam pernikahan mereka meninggalkan isteri sebagai balu. Segalanya terjawab apabila menantu bongsu yang mempunyai kebolehan untuk merasai kewujudan makhluk halus menyedari punca kematian itu adalah kerana roh wanita yang mati dibunuh ingin menuntut bela.

Adakah misteri tersebut dapat dirungkai atau pembunuhan akan terus berleluasa? Saksikan The Wrath yang akan mula ditayangkan bermula 6 Ogos ini di semua pawagam GSC berhampiran anda!

REVIEW OVERVIEW
Menyeramkan!
Artikel SebelumnyaRaja Zarith Sofiah Dedah Lelaki Berbangsa India Ini Berjasa Pada Kerabat Johor
Artikel Seterusnya“Kurang Disiplin!” Jasmin Hamid Tegur Pelakon Baharu Tiada Etika Ketika Berlakon
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress