Pelakon Jasmin Hamid merupakan antara pelakon senior yang cukup dihormati. Berbekalkan pengalamannya hampir 26 tahun dalam industri hiburan, tidak dinafikan primadona ini tidak lokek dengan ilmu kepada pelakon-pelakon lain.

Tegur Pelakon Baharu Sibuk Dengan ‘Telefon’

Menerusi laman Instagram nya, Jasmin akui kesal dengan sikap segilintir pelakon baharu apabila mereka seperti tiada etika ketika berlakon kerana terlalu asyik dengan sosial media sehingga mengabaikan mutu lakonan mereka. Jelas Jasmin lagi, dia berasa tidak selesa apabila terdapat antara mereka yang membawa telefon bimbit sehingga ke dalam set lakonan.

“Guna telefon masa off set je. Dalam set shooting no telefon please. Kena focus! Saya paling tak selesa bekerja dengan pelakon yang bawa telefon dalam set”

Imbas Kenangan Lalu

Tegas pelakon ini, suatu ketika dahulu jika terdapat mana-mana pelakon yang membawa telefon bimbit ke dalam set, ianya akan dirampas sehingga selesai kerja sebagai satu langkah untuk mendisiplinkan mereka.

View this post on Instagram

Guna HP masa off set je.. Dalam set shooting NO HP PLEASE.. Kena Focus! Saya paling TAK SELESA bekerja dengan pelakon yang bawa HP dalam set 😤..sebabkan HP, tak focus kerja.Zaman dolu, siapa bawa HP dalam set, HP akan di rampas dan masuk dalam plastic, dah habis kerja, baru dapat balik HP..Segelintir pelakon zaman sekarang ni KURANG DISIPLIN.. Director tengah bagi instruction pun, boleh main HP.. Ini semua sebab terlalu taksub sangat dengan sosial media sampai kerja dan disiplin ke lautttttt…. SEGELINTIR pelakon zaman sekarang ni sibuk sangat nak KUMPUL FOLLOWERS, dah tak bernafsu nak KUMPUL ILMU.. Sebab tu sekarang banyak INSTANT… tak bertahan lama.. PELAKON TERBAIK cari ilmu… PELAKON POPULAR cari followers.. Your life, your choice… Hebat Bukan? #artismalaysia #pelakonmalaysia #working #melbourne #moviemaking #behindthescenes #hebatbukan #isteribukanuntukdisewa

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on

Namun kini telah berubah sebaliknya, mereka terlalu taksub mengejar populariti sehingga membuatkan mereka tiada disiplin. Mungkin benar apa yang dikatakan oleh Jasmin. Agaknya siapakah pelakon baharu yang dimaksudkan?

SUMBERInstagram Jasmin Hamid
Artikel Sebelumnya[REVIEW] The Wrath Masih Mendebarkan Walaupun Jalan Cerita Perlahan
Artikel SeterusnyaHaqiem Rusli Mohon Maaf Kerana Imej Dianggap Biadap
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress