Minggu lalu kecoh memperkatakan mengenai imej yang digayakan oleh penyanyi remaja popular, Haqiem Rusli yang dianggap biadap selepas memakai cermin mata hitam dan ear pods ketika mengunjungi sebuah rumah golongan Asnaf.

Mohon Maaf

Lantaran itu, dia teruk dikecam netizen sehingga membuatkan dia berehat sebentar dari laman Twitter. Menyedari akan kesilapannya, Haqiem memohon maaf kerana imejnya ketika itu dianggap biadap pada minggu lalu. Menurut pelantun Jatuh Bangun itu, dia sudah biasa menggunakan airpods tersebut untuk menjawa panggilan telefon namun ianya telah disalah anggap oleh sesetengah pihak.

Ingin Kekalkan Identiti Sebagai Penyanyi

Jelas Haqiem lagi, niatnya hanya ingin mengekalkan identiti sebagai seorang penyanyi dan akui terlupa akan sensitiviti persekitarannya ketika itu.

“Silap saya kerana tidak sensitif dan terlalu ghairah mengekalkan identiti diri hingga terlupa persekitaran di mana saya berada.Saya sudah terbiasa menggunakan airpods untuk memudahkan saya menjawab panggilan telefon, tetapi ramai yang salah anggap dan menyangka saya sedang mendengar lagu. Saya minta maaf jika cara saya itu tidak disenangi ramai,”

Rata-rata netizen menganggap tidak salah untuk dia tampil dengan imej berkenaan namun ianya haruslah bersesuaian mengikut tempat dan keadaan.

SUMBERBerita Harian
Artikel Sebelumnya“Kurang Disiplin!” Jasmin Hamid Tegur Pelakon Baharu Tiada Etika Ketika Berlakon
Artikel Seterusnya“Ada Yang Goyang Jika Kami Berbaik”- Rita Rudaini Titip Doa Buat Bekas Suami
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress