Spotify antara pelantar strim muzik terkenal di dunia. Seperti saban tahun setiap kali menjelang Disember, Spotify akan mengumumkan senarai dominasi carta Spotify teratas.

Siti Nurhaliza Ungguli Carta Teratas Tempatan Di Spotify

Pada tahun ini, Dato Sri Siti Nurhaliza kekal menggunguli carta 5 artis tempatan paling banyak distrim di Spotify. Jumlah penstriman tertinggi itu turut diikuti oleh Sufian Suhaimi, Haqiem Rusli, Faizal Tahir dan Ismail Izzani.

Bagi peringkat dunia pula, Ariana Grande yang mempunyai jumlah pendengar bulanan seramai lebih 48 juta orang telah mengangkat nama nya sebagai Artis Wanita Paling Banyak Distrim. Manakala artis wanita lain seperti Dua Lipa, Cardi B, Taylor Swift dan Camila Cabello mengikuti jejak Ariana dan turut tersenarai sebagai antara 5 Artis Wanita Paling Banyak Distrim di serata dunia.

Artis Tempatan Paling Banyak Distrim

1. Dato Siti Nurhaliza
2. Sufian Suhaimi
3. Haqiem Rusli
4. Faizal Tahir
5. Ismail Izzani

Artis Paling Banyak Distrim (Keseluruhan)

1. BTS
2. Khalid
3. Ed Sheeran
4. Jay Chou
5. Ariana Grande

Artis Wanita Paling Banyak Distrim

1. Ariana Grande
2. Camila Cabello
3. Taylor Swift
4. Dua Lipa
5. Selena Gomez

Artis Lelaki Paling Banyak Distrim

1. Khalid
2. Ed Sheeran
3. Jay Chou
4. Drake
5. Post Malone

Kumpulan Paling Banyak Distrim

1. BTS
2. Maroon 5
3. BLACKPINK
4. Coldplay
5. Imagine Dragons

Lagu Yang Paling Banyak Distrim

1. You Are The Reason – Calum Scott
2. Girls Like You (feat. Cardi B) – Maroon 5
3. FRIENDS – Anne-Marie, Marshmello
4. The Middle – Grey, Zedd, Maren Morris
5. Havana – Camila Cabello

Album Paling Banyak Distrim

1. Love Yourself 結 ‘Answer’ – BTS
2. Dua Lipa – Dua Lipa
3. I met you when I was 18. (the playlist) – Lauv
4. ÷ – Ed Sheeran
5. beerbongs & bentleys – Post Malone

Senarai Playlist dengan Jumlah Pengikut Paling Banyak

1. Today’s Top Hits
2. Top Hits Malaysia
3. It’s a Hit!
4. Carta Malaysia 50
5. Rock Jiwang

Imbas Kenangan Anta Permana

Dalam perkembangan lain, pengurus yang juga kakak ipar kepada Siti Nurhaliza yang dikenali sebagai Rozi Sang Dewi turut mengimbas kembali detik pelancaran single terbaru penyanyi itu, Anta Permana mereka tidak dapat tidur malam mengenangkan adakah lagu tersebut akan diterima baik.

View this post on Instagram

💋Terima lasih diatas sokongn yang tak berbelah bahagi peminatku😘 #Repost @rozisangdewi ・・・ Ingat lagi, masa lagu ni nak dilancarkan, tak tidur malam kami untuk menantikan respons peminat. Sampai jam 4.30 pagi (12 tengah malam dilancarkan di itunes & platform digital), membaca komen-komen, alhamdulillah, positif. . Tidak mudah untuk muncul dengan kerja seni atau kreatif, ada pelbagai citarasa orang, sama ada menepati atau tidak. Bukan kerja seorang untuk memastikan kejayaan ini, semua pihak terlibat sama. Komposer, penulis lirik, penyanyi, peminat, pihak tv, radio dan banyak lagi. Terima kasih semua. . Kedudukan terkini Lagu Anta Permana – @ctdk setakat 02Dis2018: 1.Juara di Carta 40 Era FM 2.Juara di Carta 40 Suria FM 3.No. 3 di Carta Top 40 Hot FM 4. No.15 di Carta Cats FM 5.Juara di Carta Hits Terlaris Perak FM 6.Juara di Carta KLFM 7. No.6 di Carta Ganu FM 8.Juara di Carta Manis FM 9.Juara di Carta Mutiara FM 10.No. 3 di Carta Hits Gegar FM 11.Juara di Carta Perlis FM 12. Juara di Carta Ria Singapore Kedudukan lagu Album Simetrisiti d Carta Radio 1.No.5 di Carta Radio KLFM – Segala Perasaan. . Terima kepada semua. #AntaPermana

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Namun segala penat lelah mereka terbalas kerana lagu itu tular dan turut menjadi lagu teratas di kebanyakan carta radio tempatan. Tahniah diucapkan!

SUMBERSpotify
Artikel Sebelumnya“Ada Yang Goyang Jika Kami Berbaik”- Rita Rudaini Titip Doa Buat Bekas Suami
Artikel SeterusnyaKonsert XPDC & May Akan Ditunda Sekiranya Malaysia Ke ‘Final’ AFF 2018
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress