Peminat ‘rock kapak’ sudah semestinya teruja menunggu detik 15 Disember ini dimana Konsert Metal Return 1.0 yang menggabungkan dua kumpulan rock tanah air terkenal, XPDC dan May akan dilangsungkan di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak.

Bakal Ditunda Sekiranya Malaysia Layak Ke ‘Final’

Namun begitu, ada satu berita yang disampaikan buat peminat kumpulan ini, konsert yang dijadualkan pada 15 Disember itu berkemungkinan ditunda keesokan harinya,16 Disember. Keputusan itu dibuat sekiranya pasukan Malaysia berjaya melangkah ke perlawanan akhir bola sepak Piala AFF Suzuki 2018.

Sudah Buat Persiapan

Ketika ditemui Hangat.com, Mus dan Ali selaku vokalis kepada kumpulan May dan XPDC berkata segala persiapan sudah dibuat malah mereka juga teruja untuk bertemu dengan peminat-peminat setelah kali terakhir terlibat dalam konsert berskala mega sekitar tahun 2015.

“Kami hanya ikut ‘flow’. Memang kami tidak lagi bertenaga seperti dahulu namun kami percaya dengan segala persiapan yang dibuat, konsert ini bakal mengubat rindu peminat-peminat kumpulan rock”

Tambahnya lagi, meskipun ramai penyanyi dan kumpulan baru muncul bak cendawan baru tumbuh namun ianya tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan legasi kumpulan rock ‘otai’. Percaya akan peminat mereka sejak sekian lama, konsert yang dijangka berdurasi selama dua jam ini bakal diteruskan pada tahun hadapan sekiranya sambutan yang diterima amat menggalakan. Tiket konsert boleh didapati dengan harga RM60, RM95 dan RM150 dengan menghubungi talian 019-2407994.

Artikel SebelumnyaSiti Nurhaliza Diiktiraf Artis Tempatan Paling Banyak Distrim Di Spotify 2018
Artikel Seterusnya[GAMBAR] Cantik Maksima! Gigi Hadid ‘Belanja’ Payudara di Majalah W
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress