Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa kesal terhadap segelintir orang sekelilingnya yang tidak mahu melihat dirinya berbaik dengan bekas suami, Aidil Zafuan.  Rita dalam entri di instagram berkata ada manusia yang tidak senang dan goyang kalau dirinya berbaik dengan bintang bola sepak Skuad Kebangsaan itu.

” Ada manusia yang tidang senang dan goyang kalau kami berbaik. Walaupun demi anak-anak. Gigih lah mereka cuba nak lagakan kami, anak-anak kami jadi mangsa. Keji dan Jijik!”

“Adakah kalau kami dekat dan berbaik, kami jadi seperti lagu Stacy ‘Bergabung Meletop’? Rancang lah macamana pun, buatlah macamana pun, satu hari nanti tuhan akan bisikan hanya yang benar pada daddy ryanjuna” tulisnya di instagram.

Baguslah macam tu. Walaupun tidak membesar dengan bapa kandung mereka, tetapi sebagai ibu, Rita tidak pernah lupa mengingatkan anak-anaknya tentang bapa mereka. Kita doakan yang baik-baik aja!

Artikel SebelumnyaHaqiem Rusli Mohon Maaf Kerana Imej Dianggap Biadap
Artikel SeterusnyaSiti Nurhaliza Diiktiraf Artis Tempatan Paling Banyak Distrim Di Spotify 2018
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.