Nick Jonas terlebih dahulu mencipta nama bersama abang-abangnya, Kevin Jonas dan Joe Jonas menerusi kumpulan Jonas Brothers. Tidak dinafikan hubungan mereka terlalu rapat terutama bagi Joe dan Nick.

IKLAN

Joe Menangis Berpelukan

Peminat sedia maklum mengenai perkahwinan Nick dan Priyanka Chopra. Selepas resepsi di sebelah keluarga perempuan yang bertemakan Bollywood, semalam resepsi secara barat telah diadakan di pihak lelaki.

Menerusi video yang dimuat naik, peminat sibuk bercakap mengenai babak dimana Joe menangis dan memeluk adik kesayangannya itu. Rata-rata menyifatkan hubungan mereka sebagai satu contoh yang baik dan turut memuji keakraban mereka.

Nick Mengalirkan Air Mata Saat Priyanka Tiba

Lebih mengharukan, Nick turut dilihat mengalirkan air mata saat Priyanka melangkah masuk untuk upacara perkahwinan mereka.

BACA  Nick Jonas & Priyanka Chopra Berkahwin Pada Hari Ini Di India

Priyanka kelihatan cantik mengayakan gaun pengantin berwarna putih beserta veil sepanjang 75 kaki dan ditata rias batu kristal Swarovski. Cantik bukan?