Begitu ramai yang memuji keserasian pasangan sejoli, Datuk Fazley Yaakob dan Datin Azrene Ahmad. Lebih manis, baru-baru ini majlis persandingan semula telah diadakan bagi meraikan ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-13.

Gaun Perkahwinan Pernah Dicuri Dan Dikoyak

Menerusi Instagram nya, Azrene telah membuat pendedahan mengenai pengalaman pahit berhadapan saat genting di majlis perkahwinannya 13 tahun lalu. Menurut Azrene gaun perkahwinannya pernah dicuri dan dikoyakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menangis Sepanjang Malam Siapkan Baju

Imbas Azrene lagi, ketika itu dia bernasib baik kerana mempunyai persalinan tambahan yang dipulangkan oleh seorang pereka fesyen meskipun baju tersebut berada dalam keadaan separuh siap. Malah untuk menyiapkan gaun perkahwinannya, dia bersengkang mata dan menangis sambil menjahit labuci dan gaun tersebut.

“Saya menghabiskan masa sepanjang malam menangis sambil menjahit labuci dan baju itu,”

https://www.instagram.com/p/Bq9LSnjDyeq/

Perkongsian itu dibuat Azrene selepas kagum dengan busana yang dihasilkan oleh pereka fesyen Fiziwoo untuk majlis persandingan semula dengan Fazley pada 27 November lalu.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 7 November 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, 9, Ahmad Fieradz Shah, 8, Ahmad Firudz Shah, 6 dan Alayna Selma, lapan bulan. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat diucapkan buat Datuk Fazley Yaakob dan Datin Azrene Ahmad

SUMBERInstagram Azrene Ahmad
Artikel SebelumnyaPemilik Lagu ‘Bobo Di Mana’ Tuntut Royalti & Hutang
Artikel SeterusnyaWow! Caliph Buskers Tampilkan Vokal Wanita Buat Pertama Kali
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress