Jika melihatkan pada tajuk dan novel nya, sudah pasti ianya sesuatu yang begitu teruja dan menyeronokkan. Apatah sebuah karya fantasi telah diangkat menjadi sebuah filem!

Jalan Cerita Meleret

Kami yang terpanggil untuk mengulas filem ini pada mulanya menjangkakan filem ini bakal setanding dengan filem terbitan Disney yang sememangnya akan membuatkan penonton berasa gembira dan barangkali ingin menonton semula filem mereka.

Namun tidak bagi The House With A Clock In Its Walls keluaran Universal Pictures ini. Tidak dinafikan elemen sihir dan pelbagai fiksyen lain antara penyumbang utama kekuatan filem ini, namun jalan ceritanya agak sedikit meleret dan kombinasi jenaka yang dianggap sebagai ‘low class’ antara kelemahan yang terdapat di dalam nya.

Malah lakonan watak utama kanak -kanak dalam filem ini iaitu Owen Vaccaro sebagai Lewis masih perlu diperbaiki. Apa pun, kami tidak katakan filem ini sebagai terlalu teruk kerana ada sesetengah babaknya mampu membuatkan kami tertawa.

Sinopsis The House With A Clock In Its Walls

Selepas kematian ibu bapanya, Lewis telah berpindah duduk bersama bapa saudaranya di sebuah rumah yang aneh. Di dalam rumah tersebut terdapat puluhan jam yang berdetik sehingga membuat Lewis tertanya apakah yang terjadi pada sejarah keluarga mereka.

Sifat ingin tahu tersebut telah membuatkan Lewis menyiasat dan akhirnya mendapat tahu pakcik nya, Jonathan dan jirannya Mrs Zimmerman merupakan seorang ahli sihir yang baik.

REVIEW OVERVIEW
Kurang Memuaskan
Artikel SebelumnyaWow! Caliph Buskers Tampilkan Vokal Wanita Buat Pertama Kali
Artikel SeterusnyaBuka Warung Tepi Jalan, Ini Impian Shima Pada Masa Akan Datang
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress