Pemilik Lagu ‘Bobo Di Mana’ Tuntut Royalti & Hutang

Model seksi dan pencipta lagu, Gebby Vesta membuat heboh warganet kerana mendakwa Lucinta Luna tak pernah membayar royalti dari lagunya yang dinyanyikan Lucinta Luna berkolabrasi dengan Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat.

Lagu tersebut berjudul Bobo Dimana, bergenre dangdut dan video muziknya dirilis di YouTube Lucinta Luna pada 18 September 2018 lalu.

Video lirik lagu itu juga pernah trending No 1 di laman YouTube Terlajak Laris dengan merekodkan  lebih dari 18 juta tontonan.

Gebby Vesta mengaku kesal kerana selama ini Lucinta Luna tak pernah membayar royalti lagu itu padanya malah Lucinta Luna sendiri juga selalu mengelak jika diajak bertemu.

Sehingga kini, Lucinta belum memberi apa respons menerusi akaun instagramnya. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik.

SUMBERTribunews
Artikel Sebelumnya[VIDEO] Joe Jonas Sebak! Menangis Berpelukan Dengan Nick Jonas
Artikel SeterusnyaIsteri Fazley Yaakob Dedah Gaun Perkahwinan Pernah Dicuri & Dikoyak
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.