Kemerduan vokal Azmi menerusi Kumpulan Caliph Buskers tidak dinafikan lagi. Malah kemerduan vokal tersebut turut diiktiraf menerusi beberapa anugerah tempatan.

Pertama Kali Tampilkan Nadira

Caliph Buskers yang dianggotai oleh lima individu orang kelainan upaya (OKU) yang cacat penglihatan, Azmi (vokalis/keyboard), Zaki (gitaris), Nirwan (gitaris), Fendy (pemain dram) dan Nadira(pemain shaker) kali ini tampil membuat kelainan. Manakan tidak buat pertama kalinya, Caliph Buskers menampilkan Nadira berpadu suara dengan Azmi menerusi lagu terbaru mereka, Hanya Mimpi. Single terbaru ini merupakan ciptaan bersama trio Komposer terkenal Faizal Tahir, Mike Chan dan Romeo.

Terdahulu, Nadira berjaya mencuri perhatian peminat apabila vokalnya diperdengarkan dalam sebuah video yang menyaksikan Caliph Buskers menyampaikan lagu popular ‘Haram’ nyanyian asal Hael Husaini bersama Dayang Nurfaizah melalui gaya mereka sendiri.

Terlibat Dengan Rancangan ‘What’s In The Box’

Dalam perkembangan lain, kumpulan ini juga akan terlibat dalam rancangan What’s In The Box, sebuah kandungan video yang diterbitkan oleh Faithful Music. Rancangan ini akan dilancarkan di saluran YouTube Faithful Music sebanyak 4 episod pada 12, 19, 26 Disember dan 2 Januari 2019. Video muzik Hanya Mimpi telah dimuatnaik secara rasmi bermula 5 Disember 2018. Tahniah diucapkan buat Caliph Buskers

Artikel SebelumnyaIsteri Fazley Yaakob Dedah Gaun Perkahwinan Pernah Dicuri & Dikoyak
Artikel Seterusnya[REVIEW] The House With A Clock In Its Walls Mengecewakan?
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress