Umumnya, Konsert Duo Legenda itu bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 20 hingga 23 Disember ini. Konsert tersebut menggabung dua nama besar dalam industri muzik iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir. Konsert ini juga bakal menyaksikan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bermain biola mengiringi persembahannya mereka. Difahamkan beliau akan bermain biola untuk lagu Gubahanku, yang didendangkan secara berduet.

Perkhabaran terbaru seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, Jamal teruja apabila isteri Perdana Menteri memutuskan untuk menambah dua lagi lagu untuk mengiringi persembahan pada konsert tersebut.

“Saya sangat teruja apabila beliau menyatakan minat untuk menambah dua lagi lagu untuk mengiringi persembahan saya menerusi lagu Kau Laksana Bulan dan Fatwa Pujangga. Jika sebelum ini hanya lagu Gubahanku dalam segmen istimewa pada malam VVIP,” katanya.

Menurut Jamal, Siti Hasmah begitu serius untuk menjayakan konsert terbabit apabila beliau kini giat menghadiri kelas biola untuk menjayakan segmen itu nanti.

“Saya rasa bangga apabila beliau menunjukkan minat luar biasa untuk menyertai konsert ini. Malah pagi tadi beliau turut membawa guru muziknya bagi memastikan persembahannya nanti berjalan lancar,” katanya.

Seperti mana yang diketahui, persembahan bersama Siti Hasmah diadakan bagi mengutip dana untuk membantu golongan kurang bernasib baik. Pada mereka yang berminat untuk menonton dan menyaksikan sendiri konsert ini, bolehlah dapatkan tiket dengan melayari www.ilassotickets.com .

SUMBERHarian Metro
Artikel SebelumnyaBuka Warung Tepi Jalan, Ini Impian Shima Pada Masa Akan Datang
Artikel Seterusnya[VIDEO] Selepas 13 Tahun, Inilah Wajah Terkini Pelakon Utama Filem Sepet
Gosip Selebriti sememangnya sudah menjadi sebahagian dalam hidup saya. Tak hairanlah jika selebriti hubungi saya untuk reka cerita gosip. Cerita sahih lebih diutamakan.