Masih ingat lagi dengan filem Sepet? Mungkin dikalangan generasi sekarang tidak kenal akan filem ini. Sepet ialah sebuah filem cerita cinta komedi yang diarah oleh Allahyarham Yasmin Ahmad. Sepet mengisahkan percintaan antara seorang pemuda Cina dengan seorang gadis Melayu yang baru sahaja tamat sekolah menengah. Perkataan sepet itu sendiri bermaksud mata yang bersaiz kecil atau kuyu dan biasanya dirujuk kepada bangsa Cina kerana rupa bentuk mata mereka yang sepet.

Percaya atau tidak, filem tersebut telah pun ditayangkan pada 2005 dan ini bermakna filem tersebut sudah menjangkau usia 13 tahun. Kini, selepas 13 tahun berlalu ramai yang tertanya bagaimanakah wajah terkini aktor atau hero dalam filem ini yang digelar Sepet atau nama sebenarnya Ng Choo Seong. Berikut antara beberapa gambar yang dikongsikan oleh Sharifah Armani di Instagramnya.

Dalam sebuah laporan, Ng sebenarnya tidak mempunyai minat dalam industri hiburan. Sepet merupakan filem yang pertama dan terakhir lakonanya. Selepas itu, dia meneruskan karier dalam bidang pengiklanan. Ng di temui ketika menghadiri tayangan semula filem Sepet di Singapore International Festival yang berlangsung semalam (5/6/2018).

View this post on Instagram

She chose you. #JasonAndOrked 💞

A post shared by Sharifah Amani (@sharifah_amani) on

Dalam filem ini Lee Seow Loong, juga dikenali sebagai Jason ialah seorang penjaja cakera padat video (VCD) cetak rompak di sebuah pasar malam. Hidup Jason bertukar apabila seorang anak dara Melayu yang baru sahaja tamat SPM, Orked lakonan Sharifah Armani. Filem ini pernah inobatkan sebagai Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18, dan pernah mencetuskan kontroversi dan pada mulanya dilarang daripada ditayangkan di pawagan atas beberapa sebab.

Artikel SebelumnyaJamal Abdillah Teruja, Siti Hasmah Tambah 2 Lagu Ini Dalam Konsert
Artikel SeterusnyaSombong & Lupa Diri! Penyanyi Ini Dedahkan Sikap Buruk Afgan
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.