Rihanna menggunakan landasan fesyen sebagai eksperimentasi dalam berkarya. Terbaru, Rihanna terlihat menjadi model jenamanya sendiri dengan mempromosikan koleksi pakaian dalam terbaru  iaitu Savage X Fenty. 

Dipetik dari Dailymail.uk, menerusi beberapa foto iklan  yang dipaparkan di Instagramnya, beliau terlihat cantik mengayakan rekaan pakaian dalam warna biru yang terbaru dengan mengenakan aksesori dan gelang emas. Difahamkan pakaian dalam tersebut dijual dengan harga USD$84.

Rihanna juga terlihat begitu seksi, malah peminatnya dapat melihat dengan jelas lukisan tatu di bawah payudaranya. Hal ini membuatkan ramai yang tertanya-tanya apakah maksud di sebalik lukisan tatu itu.

Rahsia Tatoo Dibawah Payudara

Menurut portal Billboard, Rihanna mendedikasikan tato itu untuk mendiang neneknya. Rihanna kehilangan neneknya pada tahun 2012 lalu kerana kanser.

Lukisan tatu di bawah payudaranya itu menggambarkan dewi Mesir yang memiliki sayap. Malah lukisan sayap itu turut terlihat pada  dada mantan kekasihnya, Chris Brown.

Dewi Mesir itu menjelaskan sebuah kelahiran kembali. Selain itu, gambar tersebut merupakan salah satu simbol feminitas.

Selain tatu yang merentang di bahagian bawah kedua payudaranya itu, Rihanna juga memiliki tatu di belakang bahu, dada, pergelangan tangan, kaki, punggung, dan banyak lagi.

Artikel SebelumnyaSombong & Lupa Diri! Penyanyi Ini Dedahkan Sikap Buruk Afgan
Artikel Seterusnya10 Foto Anak Gadis Noniswara, Erysha Emyra Yang Cantik & Menawan
Hilmi Hafiz
i have nothing to offer, but i can offer you a good knowledge.