Selepas melancarkan single terbarunya, Yory Fortuna mengungkap kekesalan terhadap penyanyi popular, Afgan. Dipetik dari laporan Dream.co.id, sebagai sepupu, Yory merasa jengkel jika dirinya kerap dikaitkan dengan Afgan.

Padahal, katanya, dia terjun ke dunia nyanyian hasil dari jerih payah sendiri. Bukan atas bantuan dari Afgan sebagai sepupu.

“Orang di sekeliling selalu berkata Yory masuk dalam bidang nyanyian ini kerana bantuan Afgan. Padahal Afgan tidak menyokong saya sama sekali,” kata Yory 

Menurut Yory, Afgan bukan insan yang membantunya menjadi seorang penyanyi. Sebelum ini, ibubapa Yory meminta permintaan pertolongan dari Afgan namun tidak dihiraukan.

“Ibubapa Yory pernah beberapa kali minta tolong sama dia, tapi tidak dihiraukan. Saya tidak bermaksud untuk menjelek-jelekkan, hanya memberikan klarifikasi,” jelasnya.

View this post on Instagram

🌾🍂

A post shared by yory fortuna (@yoryfortuna) on

Selain itu Yory pernah mengundang Afgan untuk hadir di pelancaran single pertamanya, tapi lanjut Yori, undangan itu ditolak Afgan.

“Dia menolak dengan jawapan yang sombong seperti orang lupa daratan. Itu salah satu contoh dia tidak menyokong,” katanya.

Oleh sebab itu, kini Yory tak mahu dikaitkan lagi dengan Afgan. Dia merasa mampu berdiri sendiri tanpa ada nama besar Afgan.

“Karena Yory merasa mempunyai kemampuan untuk berdiri sendiri, tak mahu sering disama-samakan sama dia (Afgan),” katanya.

Dari kritikan Yori, belum ada respon rasmi dari Afgan untuk menjawab tanggapan ini.

SUMBERDream.com.id
Artikel Sebelumnya[VIDEO] Selepas 13 Tahun, Inilah Wajah Terkini Pelakon Utama Filem Sepet
Artikel SeterusnyaRahsia Disebalik Lukisan Tatu Di Bawah Payudara Rihanna
Suka menulis untuk dikongsi bukannya dikecam.