Tak Solat Subuh Punca Baim Wong Dapat Musibah Di Amerika Syarikat?

Baim Wong dan Paula Verhoeven diketahui telah menjalani bulan madu selepas rasmi bernikah pada 22 November 2018 lalu. Pasangan ini memilih Amerika Syarikat sebagai lokasi destinasi percutian bulan madu mereka.

Tanpa diduga, ada musibah yang menimpa Baim Wong dan Paula Verhoeven saat bulan madu di sana. Mereka kehilangan kereta yang disewa.

“MOBIL RENTAL HILANG !! UANG MILYARAN HILANG ?!!!! hilang mobil bosque.. dunia ini seakan berakhir,” tulis Baim Wong dan Paula Verhoeven dalam judul dan deskripsi video tersebut.

Kereta Disita

Dari video tersebut, diketahui bahawa kereta yang disewa oleh Baim Wong dan Paula Verhoeven rupanya diclamp dan disita oleh pihak polis setempat lantaran meletakkan tempat kereta di tempat yang salah. Baim Wong sempat dibantu oleh warga setempat untuk dihantar menuju lokasi di mana keretanya disita.

Untuk membawa kembali kereta tersebut Baim Wong harus menebusnya dengan membayar denda ratusan dolar, iaitu berjumlah USD$638 atau sekitar RM2,600.

Tak Solat Subuh

Kemudian, selepas pasangan berjaya mendapatkan semula keretanya,  mereka berdebat dan mengambil hikmah dari musibah tersebut. Baim Wong mengatakan bahawa musibah tersebut dialami keduanya kerana pada hari itu dia dan Paula Verhoeven tak menunaikan solat subuh.

“Ini masih Alhamdulillah deh begini beneran deh, gara-gara enggak salat subuh kamu!” kata Baim Wong.

“Kamu juga enggak salat subuh, aku tadinya mau salat subuh tapi ketiduran lagi,” jawab Paula Verhoeven.

Memang comel pasangan pengantin baru ini. Ada saja momen menarik saat mereka menikmati percutian bulan madu. Saksikan video selanjutnya seperti yang kami paparkan di atas.