Kolaborasi BTS dan Ed Sheeran nampaknya bukan cuma permintaan di media sosia sahaja, malah ada ura-ura mengatakan kolaborasi kedua-dua bintang popular ini seolah-olah sudah bermula dilakukan untuk memberi kejutan terhadap peminat.

Hal ini telah dibuktikan selepas kata-kata disampaikan oleh ahli BTS, Suga. Kejadian itu bermula ketika Suga memuatnaik screenshot projek lagunya pada 5 Desember kelmarin melalui akun Twitter BTS.

Hal ini membuatkan peminatnya berteka-teki dengan kata-kata singkat, “hmm this is for you” dengan mention nama akaun @edsheeran dan hashtag #SUGA. Dari foto yang dipaparkan, dapat diketahui bahawa itu merupakan fail rakaman lagu terbaru mereka. Di keterangan fail juga terdapat kata bertuliskan Ed Sheeran ST ROUGH, yang diduga jadi judul lagunya.

Namun malangnya,  Ed Sheeran tidak lagi aktif menggunakan Twitter, maka tiada respon darinya  yang ditunggu-tunggu peminat. Walaubagimanapun, para peminta tetap menantikan dan  memberu sokong kepada BTS dan Ed Sheeran untuk berkolaborasi.