Bagi menghilangkan ketakutan Lara Alana terhadap doktor gigi, pasangan selebriti, Awal Ashari dan Scha Alyahya terpaksa melakukan rawatan gigi bersama-sama anak mereka.

IKLAN

Dalam video yang dimuatnaik di laman Instagram Lara, kelihatan Lara senang menangis dan Awal sedang memujuknya. Dalam masa sama Scha menjalani rawatan membersihkan gigi.

Awal berkata, Lara seorang yang mudah mesra dan dia juga okey apabila diberitahu akan bertemu dengan doktor gigi.

“Bagaimanapun, sebaik saja melihat peralatan dalam bilik itu, dia mula menangis. Lara juga mudah belajar dari contoh dan sebab itulah kami turut sama-sama menjalani rawatan gigi.

“Supaya dia dapat melihat sendiri bagaimana pemeriksaan gigi dilakukan di mana ia tidaklah seperti yang dia bayangkan. Insya-Allah, kalau dia lihat semua okey, dia juga akan lakukannya pada temu janji akan datang,” katanya.

Menurut Awal, sebagai ibu bapa, mereka sangat memahami setiap kanak-kanak itu ada kelemahan masing-masing. Begitu juga dengan Lara yang takut dengan doktor dan peralatan untuk rawatan dalam klinik.

BACA  Comelnya! 5 Selebriti Kongsi Gelagat Anak Pertama Kali Ke Sekolah

Namun, pada usia Lara sekarang, mereka harus membawanya untuk menjalani pemeriksaan gigi sebagai salah satu langkah penjagaan gigi.

“Kalau boleh, kami tidak mahu paksa kerana doktor gigi memang akan guna banyak peralatan. Kami tidak buat kalau anak tak sedia lagi.

“Doktor di klinik gigi itu pun sarankan supaya kami mulakan dengan pemeriksaan gigi yang tidak menggunakan peralatan,” tuturnya lagi.

Hangat.com berasa bangga dengan Lara kerana berjaya melakukan pemeriksaan dengan doktor gigi dan Awal serta Scha pandai memujuk hati Lara dengan melakukan pemeriksaan bersama. Mungkin tindakan itu boleh digunakan kepada pembaca Hangat.com untuk anak-anak yang takut berjumpa dengan doktor? Admin Hangat.com pun masa kecil-kecil dulu pun takut dengan doktor gigi, hehehe.