Akaun Twitter milik kumpulan dari Korea Selatan, Bangtan Boys atau lebih dikenali dengan nama BTS dinobatkan sebagai akaun yang paling banyak disebut atau menerima pautan di Twitter sepanjang 2018.

Keputusan akhir ini disahkan oleh bahagian Analisa Twitter.

“365 hari. 125 juta hashtag. 500 juta GIFs. Lebih banyak lagi twit yang mention @BTS_twt lebih dari yang kami analisa. #ThisHappened (inilah yang terjadi) di Twitter pada 2018,” lapor akaun @TwitterData.

Dalam pada itu, BTS mengalahkan beberapa akaun Twitter milik selebriti popular antarabangsa, rapper Kanye West, @KanyeWest, yang berada di tempat kedua.

Di tangga ketiga hingga kelima, penyanyi Drake (@Drake), EXO (@weareoneEXO) seterusnya Ariana Grande (@ArianaGrande).

“ Anda berjaya lakukannya ARMY (gelaran kumpulan peminat BTS). @BTS_twt jadi yang paling banyak di-twit pada 2018,” tulis akun @TwitterMusic.

Sementara itu, Tweet yang paling banyak mendapat tanda suka menerusi akaun Twitter BTS adalah ketika kumpulan ini menampilkan J-Hope mempersembahkan tarian #InMyFeelingsChallenge. Tahniah Hangat.com ucapkan!