Beberapa hari yang lalu, agak heboh apabila kisah pasal pelakon dan pengarah Pekin Ibrahim berkahwin secara senyap-senyap. Beberapa keping foto di Instagram menunjukkan persandingan Pekin telah dikongsikan oleh beberapa teman artis.

Pekin dikatakan telah melangsungkan pernikahannya dengan bintang drama Monalisa, Mona Allen. Antara selebriti yang mengucapkan tahniah adalah teman baiknya yang merupakan penyanyi dan pelakon Danny X-Factor.

“Selamat Pengantin baru, Pekin. Akhirnya Maring nikoh jugak saing aku sore ni.. ingat lgBt huhu…”

Jangan salah anggap! Ucapan Danny atau nama sebenarnya, Mohd Khardanie Anwa ini hanya sekadar gurauan buat Pekin, seperti diketahui merekaΒ  sudah lama berkawan baik.

BACA  Seram! Anne Hathaway & Suami Dikatakan Jelmaan Pasangan Wiliam Shakespeare

Namun begitu, pasangan tidak pernah mendedahkan sebarang tarikh atau memberi bayangan mereka bakal bersatu sebagai pasangan suami isteri.

Meski tiada kenyataan yag dikeluarkan oleh mereka berdua, rakan artis dan peminat mula mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa gembira dengan berita tersebut. Tidak kurang terkejut dan bertanyakan tentang kesahihah berita tersebut.