Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan beliau bersimpati kepada semua peminat bola sepak yang beratur lama tapi tidak dapat membeli tiket final pertama Piala AFF Suzuki 2018 diantara pasukan Harimau Malaya dan Vietnam pada 11 Disember ini.

Saddiq menegaskan, pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia untuk menbantu FAM memastikan insiden seperti ini tidak berulang.

View this post on Instagram

Alhamdulillah dan tahniah kepada Harimau Malaya yang bakal mengaum di final Piala AFF Suzuki 2018 ! . Sama-sama kita banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil dengan semangat Negaraku! . Ingat! . KBS tidak akan sesekali berkompromi dengan pesalah ulat tiket, perokok di stadium dan mereka yang membuang sampah merata-rata ! . KBS juga akan berusaha mendapatkan penerbangan khas bagi perlawanan di tempat lawan (away game) pada kadar yang berpatutan dengan kerjasama syarikat penerbangan. ✈️ . Sementara menanti pengumuman penjualan tiket Final, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menjual suite korporat VVIP kepada syarikat korporat dan individu yang berminat. . Ini selari dengan agenda KBS yang mahukan agensi di bawahnya menjana pendapatan sendiri dan kurang kebergantungan kepada wang rakyat. . Ayuh kita gegar rumah kita dengan semangat Harimau Malaya! . #Negaraku πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) on

Walaubagaimanapun, menerusi Instagramnya sebentar tadi, Saddiq mengumumkan bahawa Perbadan Stadium Malaysia (PSM) akan membuka Axiata Arena di sebelah Stadium Bukit Jalil untuk ‘Live Screening’ buat rakyat Malaysia.

Saddiq mengajak semua penyokong Harimau Malaya untuk bersama-sama memberi sokongan di stadium tersebut yang mampu menampung seramai 15 ribu orang dan kemasukkan adalah percuma.

Baru-baru ini, FAM mengesahkan 40,000 tiket final pertama Piala AFF antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sudah habis dijual.