Paragliding di pergunungan salji adalah salah satu aktiviti yang anda perlu masukkan ke dalam bucket list! Pelakon dan penyanyi Datin Umie Aida telah mengambil kesempatan untuk mencuba sukan ekstrem itu ketika bercuti di Gunung Shymbulak, Kazakhstan baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagramnya, Umie dilihat berjaya menempuhi pengalaman mencuba paragliding di pergunungan Shymbulak. Yang pastinya, Umie dapat melihat sendiri keindahan keputihan salji dari top view. Menurut Umie, saat badannya terapung di udara, cabarannnya dia terpaksa berdepan dengan suhu pada -20 darjah celcius. Lihat video di bawah.

Ini bukan kali pertama Umie mencuba beraksi dengan sukan lasak sebegini, sebelum ini Umie pernah melakukan terjunan udara di Sydney Skydivers di mana dia terapung di udara dengan ketinggian mencapai altitud penerbangan 15,000 kaki.

BACA  [VIDEO] Yusuf Iskandar Teruja Terima 'Dua Hadiah' Dari Hanis & Hairul