Keletah anak selebriti terkenal, Tya Ariffin iaitu Arif Jiwa Asyraf sentiasa menceriakan mereka sekeluarga. Malah aksi si cilik ini turut menghiburkan netizen apatah lagi Arif turut mempunyai lebih dari 600 ribu pengikut di laman Instagram.

Tya Ariffin Hamil Anak Kedua

Keceriaan mereka kali ini diserikan lagi dengan khabar berita dimana Tya telah disahkan hamil anak kedua nya. Berita gembira itu dikongsi selebriti itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram nya. Dalam video tersebut, kelihatan Tya membuat kejutan pada suaminya, Asyraf Khalid dengan memberi nya sebuah alat pengesan kehamilan.

Asyraf Teruja

Melihatkan pada khabar gembira tersebut, Asyraf begitu gembira apabila mendapat tahu isterinya kini hamil anak kedua mereka.

“Alhamdulilah, Allah telah memberi kami rezeki untuk cahaya mata kedua, berita yang baik buat kami dan sekeluarga. Sekarang Allah telah memberi saya tanggungjawab lain untuk anak kedua. Terima Kasih kepada Tya kerana menjadi isteri yang hebat, saya pasti kamu boleh lakukan yang lebih menakjubkan untuk bayi kedua ini”

Malah dia juga bakal menghadiahkan isterinya sesuatu selain bersyukur keluarga mereka akan bertambah.

BACA  [GAMBAR] Sekitar Sambutan Hari Lahir Siti Aafiyah Yang Serba Meriah!

Nampaknya Siti Aafiyah dan Arif bakal mempunyai kawan baharu tidak lama lagi. Tahniah diucapkan!