Debaran tiba pada kemuncaknya apabila malam ini tumpuan bakal diberikan pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki yang menyaksikan pasukan bola sepak Malaysia atau lebih dikenali sebagai Skuad Harimau Malaya akan menentang pasukan Vietnam dalam perlawanan akhir.

IKLAN

Siti Nurhaliza Dedikasi Lagu

Bagi membakar semangat pemain skuad ini, penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza turut mendedikasikan nyanyian lagu semangat Ultras Malaya menerusi laman Instagram nya. Lagu tersebut merupakan ritma yang sering bergema di dalam stadium setiap kali menampilkan perlawanan melibatkan Harimau Malaya.

“Saya dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan kejayaan anda, kejayaan kita, kejayaan Malaysia. Terus memberikan prestasi permainan yang terbaik di tempat kita dan di padang lawan, Vietnam,”

Perlawanan Secara Timbal Balik

Untuk anda yang masih keliru mengenai format perlawanan kali ini, perlawanan akhir akan menggunakan format timbal balik.

BACA  Teruk Dikecam! Shahida Larang Aliff Syukri Muncul Di Kaca Televisyen
Gambar Sumber Kosmo

Bermula dengan perlawanan pertama bermula pada malam ini dan Malaysia akan berkunjung ke Vietnam pada 15 Disember untuk aksi perlawanan akhir kedua. Ayuh Malaysia sama-sama kita doakan kejayaan Harimau Malaya!