Baru-baru ini,  Chef selebriti terkenal Dato’ Fazley Yaakob telah berkongsi kisah menarik mengenai pemandu GrabCar di laman sosial.

Dalam keterangan di Instagram @fazleyyaakob, Fazley memberitahu dia menggunakan perkhidmatan Grab untuk perjalanan balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang. Semasa berada dalam kereta, tanpa diduga, hujan turun dengan lebat dan menyebabkan pengelap cermin depan (wiper) rosak. Hal ini membuatkan pemandu Grab tersebut menjadi panik dan tidak dapat memandu ketika hujan lebat.

Tanpa membuang masa, Fazley menawarkan dirinya untuk memandu sampai ke rumah.

View this post on Instagram

Hari ini saya balik dari KLIA, saya book Grab. Tiba2 dalam perjalanan balik, mula hujan lebat dan wiper kereta tu pulak mati! Driver Grab tu panic dan dia cakap “Alamak! macam mana saya nak drive ni? Saya tak boleh nampak dalam hujan tanpa wiper!” . Saya kata, “Jangan risau! Saya boleh drive dalam hujan lebat TANPA WIPER!” Terus kami bertukar tempat duduk. Sambil lori dan bas besar2 laju je lalu sebelah sampai bergegar kereta Proton Exora kitaorang tengah2 highway. . Nasib baik kami sampai juga ke rumah saya. Kelakar sebab, saya yang drive Grab car yang saya book sendiri, Grab driver pulak jadi passenger saya! Hahaha apa pun.. terima kasih banyak En Azman Ibrahim sebab izinkan saya drive kereta dalam hujan lebat, walau pun TANPA WIPER! Siapa nak saya drive??? @grabmy he is a very good driver! Please give him extra service points ok!

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Siapa sangka, dari pemandu Grab bertukar jadi penumpang pula, malah dipandu sendiri oleh selebriti popular. Walaubagaimanapun, Fazley mengucapkan terima kasih kepada pemandu Grab tersebut yang dikenali sebagai Encik Azman Ibrahim kerana sudi izinkan memandu keretanya. Steady lahh Dato!