Neelofa terlihat bergaya saat menghadiri acara fesyen Gucci di Shanghai, China  beberapa hari yang lalu. Meskipun Neelofa sekadar mengisi undangan untuk acara itu, siapa sangka harga baju yang dikenakan Neelofa sangat mahal.

Berikut perincian busana dari jenama mewah Gucci yang dikenakan Neelofa dan harganya mencapai lebih RM40 Ribu.

Untuk atasan serta bawahan yang dipakai Neelofa dalam acara itu harganya mencapai USD$ 6,480. Jaket sutera yang dikenakan Neelofa berharga USD$4,500 atau setara dengan RM18,821. Sementara itu, bahagian bawah, Tartan wool maxi skirt dari Gucci ini berharga USD$1,980 atau setara dengan RM8,281.

BACA  Filem John Wick 3 Pecah Rekod Kutipan Awal Avengers : EndGame !

Beg tangan yang digenggam Neelofa di tangan kanannya dengan nama Rajah medium shoulder bag itu berharga USD$2,980 atau setara dengan RM12,463

Selain itu, Brooch klasik yang dipakai Neelofa pada gambar ini menyerikan lagi penampilannya yang berhijab. Harganya pun tak murah, iaitu USD$590 atau setara dengan RM2, 467.

Secara keseluruhan kesemuanya berharga RM47,847 tak termasuk scaf, topi dan aksesori lain. Tak percaya? Apa kita lihat perincian harga pakaian dan aksesori ini menerusi gambar di bawah yang diambil dari laman rasmi Gucci.

1

Tartan wool maxi skirt – USD$ 1,980

2

Silk jacket with flowers and tassels – USD$ 4,500

3

Rajah medium shoulder bag – USD$ 2,980

4

Le Marché des Merveilles watch, 38mm – USD$ 900

5

Tulle gloves – USD$ 490

6

Brooch with cameo-  USD$ 590

Ikon Fesyen Anak Muda

Sebagai seorang usahawan yang berjaya, tak mustahil bagi Neelofa untuk membelanjakan wang sebesar ini bagi memastikan dirinya tampil menarik.

BACA  Pertama Di Malaysia! Neelofa Jadi Penghias Wajah Edisi Raya Swarovski

Walau apapun, semoga Neelofa terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya kerana Neelofa kini telah menjadi ikon kepada anak muda yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan.