2018 bukan sahaja memperlihatkan khabar gembira buat para selebriti malah ada diantaranya berhadapan dengan detik menyedihkan apabila berpisah bersama yang tersayang.

5 Pasangan Popular Hollywood Yang Berpisah Pada 2018

Sepanjang 2018, 5 kisah pasangan popular Hollywood ini menjadi tumpuan peminat. Malah ada yang tidak percaya bahawa terdapat pasangan yang sememangnya disenaraikan secocok namun berakhir dengan perpisahan. Hangat.com bawakan 5 kisah pasangan selebriti ini!

Cardi B Dan Offset

Pada minggu lalu satu berita mengejutkan buat pasangan rap terkenal ini. Cardi B dan Offset yang telah berkahwin selama setahun telah disahkan berpisah. Berita itu diumumkan Cardi menerusi sebuah video di Instagram nya. Bagaimanapun mereka masih berkawan baik memandangkan mereka mempunyai seorang anak yang bernama Kulture Kiari pada Julai lalu.

BACA  [VIDEO] Ariana Grande Teruja Dapat Berduet Dengan NSYNC

Paris Hilton Dan Chris Zlyka

Terdahulu pasangan ini mencuri perhatian apabila Chris Zylka melamar Paris Hilton dengan sebentuk cincin pada Januari tahun ini. Langit tidak selalu nya indah apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah kerana merasakan tiada keserasian diantara mereka. Paris bagaimanapun mendoakan yang terbaik untuk Chris dan berharap mereka masih lagi boleh berkawan sama seperti dahulu.

P Diddy Dan Cassie

Pasangan ini yang penuh dengan spekulasi sejak 2012 mengumumkan perpisahan mereka pada Oktober pada tahun ini. Menurut sumber mereka masih berkawan dan Cassie hanya ingin fokus pada karier lakonan dan muziknya buat masa ini.

Ariana Grande Dan Pete Davidson

Hubungan mereka begitu romantis sejak dilaporkan bersama. Bertunang selepas empat bulan bersama, sesuatu yang mengejutkan apabila mereka membuat keputusan bersama untuk berpisah. Keputusan itu begitu menjejaskan karier Ariana sehingga dia terpaksa dirawat di hospital akibat tekanan perasaan.

BACA  'Bad Attitude & No Manners'- Penaja MeleTOP Kecewa Dengan Sikap 'Diva' Neelofa

Ben Affleck Dan Lindsay Shookus

Meskipun mereka keluar ‘dating’ selama lebih dari setahun menurut sumber Ben Affleck tidak pernah memberi komitmen pada perhubungan mereka Pada Ogos tahun ini, mereka dilaporkan berpisah selepad Ben dilihat meluangkan masa dengan seorang model Playboy berusia 22 tahun.