Semalam enjin carian terkemuka, Google telah mengeluarkan rekod carian terbanyak secara terperinci mengikut dunia dan juga setiap negara menerusi Google Trends.

IKLAN

Rosmah Mansor Atasi Meghan Markle

Gambar : NST

Di Malaysia, nama isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor tersenarai dalam kelompik 10 individu paling dicari di dalam kategori Individu Trending Di Malaysia bagi tahun 2018. Dalam senarai tersebut juga menyaksikan Rosmah mengatasi Duchess of Sussex, Meghan Markle di kedudukan keempat sekaligus menjadi wanita paling trending di Malaysia.

Farid Kamil Tersenarai 10 Individu Trending

Dalam senarai itu turut menyaksikan ahli politik mendominasi carta termasuk suami Rosmah, Datuk Seri Najib Tun Razak di tangga teratas.

BACA  Wow! Meghan Markle Bakal Hadiahkan Kate Middleton Sebuah Diari Berkulit

Datuk Farid Kamil pula merupakan satu-satunya selebriti yang tersenarai dalam carta 10 individu trending menduduki tangga ketujuh ekoran kontroversi melibatkanya pada awal tahun ini. Apa kata anda? Kongsikan dengan kami!