Rata-rata pengikut Linda Rafar di laman Instagram menzahirkan rasa simpati menerusi ruangan komen setelah penyanyi itu berkongsi perkembangan terkini mengenai ibunya, Rasimah Abd Rahman, 73 yang dimasukkan ke hospital baru-baru ini.

IKLAN

Linda Sebak Tangan Ibu Terpaksa Dipotong

Kongsi Linda, dia berasa begitu sebak apabila melihatkan nasib ibu kesayangannya itu selepas sebelah tangannya terpaksa dipotong hingga ke bawah siku. Hangat.com difahamkan tangan Ibu Linda dipotong gara-gara terkena gigitan serangga tiga bulan yang lalu.

β€œHari ini..hari yg linda rasa sebak sangat pasal tangan mak yg kena gigitan serangga 3 bulan lepas di potong sampai bawah siku…”

Ibu Tidak Tahu Sebelah Tangan Sudah Tiada

Tambah Linda lagi, sehingga kini ibunya itu belum mengetahui keadaan dirinya yang sudah ketiadaan sebelah tangan kerana dia tidak sampai hati untuk memberitahu perkara tersebut.

β€œMak belum tahu yang tangan dia dah tak ada ..tak sampai hati nak beritahu dekat dia..”

Akui tidak kuat untuk mengharungi ujian yang menimpa pada dirinya dan keluarga, Linda bagaimanapun memohon doa dari pengikutnya pada ibunya agar terus kuat dan sihat seperti biasa.

View this post on Instagram

Just wanna share with all my followers.. linda memang tak ramai kawan drp kecik berkepit 24jam dgn mak sana sini.. masa zaman elite baru jumpa kawan @azzaelite @sashasaidin @tie_sadaliofficial @abby_abadi112 tp mak tetap pantau n marah if linda balik show or training lambat.. kawan2 elite faham sgt2 linda drp dulu akan balik awal pasal takut Mak marah πŸ˜€..until skrg dah anak 5 pon bila kuar pergi gv rebut2 nak balik rasa mcm mak tunggu je kat umah..ya allah banyak kenangan dgn mak yg x tak dpt linda gambarkan.. mak terlalu sygkan linda 😌 Cuma hari ini..hari yg linda rasa sebak sgt2 pasal tangan mak yg kena gigitan serangga 3bulan lepas di potong sampai bawah siku😭😭😭😭 ..mak blum tau yg tangan dia dah xde ..x sampai hati nk bg tau dia.. cuma apa yg linda nk mintak jasa baik semua tolong doakan mak linda trus kuat dan Sihat kembali mcm selalu 🀲🏻.. linda x kuat nak harungi semua dugaan ini tp linda percaya setiap dugaan yg allah beri pasti ada ganjarannyaa πŸ™πŸ» .. linda syg mak linda sgt2 😭 love u mak 🌹 #prayforciknon

A post shared by LRFlawlessProducts (@lindarafar) on

Kami di Hangat.com mendoakan agar Linda dan keluarga akan terus tabah dan kesihatan ibu akan kembali pulih.

BACA  Linda Rafar Dedikasi Single Terbaharu Buat Arwah Ibu & Anak