Sebagai wanita yang berhijab, hos TV dan usahawan, Neelofa merupakan satu-satunya wanita muslim yang dipilih menjadi model terbaharu untuk agensi model terkenal Established Model (EST)Β yang berpangkalan di kota London, UK.

IKLAN

EST merupakan sebuah agensi model terkenal di dunia yang ditubuhkan pada tahun 2013. Umumnya agensi ini mempunyai lebih daripada 50 tahun pengalaman bekerja untuk agensi-agensi antarabangsa terkemuka.

Sejak ditubuhkan, agensi ini pernah bekerja dengan jenama-jenama terkenal termasuk Burberry, Versace, Tom Ford, Top Shop, Man Top, H & M, Diesel, Saint Laurent dan banyak lagi.

Sumber: Establishedmodels.com

Jika dilihat pada barisan model yang di pamerkan menerusi laman web mereka, Neelofa merupakan wanita Asia pertama yang dipilih menjadi model EST. Woww! Hebatkan?

BACA  "Kurang Disiplin!" Jasmin Hamid Tegur Pelakon Baharu Tiada Etika Ketika Berlakon

Tahniah Hangat.com ucapkan kepada Neelofa dengan kejayaannya ini. Pengasas tudung Naelofar Hijab itu juga dilihat berada di London untuk memenuhi tuntutan kerjanya sebagai sebahagian keluarga kepada agensi model antarabangsa itu.