Baru sahaja melancarkan single ‘Police Entry’ pada Julai lalu dan kejayaan video muzik ‘Police Entry’ menjana lebih 9 juta tontonan di Youtube, kini momentum karier nyanyian Elizabeth Tan bakal dihangatkan lagi dengan single terbarunya “Semua Sudah”.

IKLAN

“Semua Sudah” merupakan single kedua penyanyi yang mesra disapa Lizzy ini semenjak bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

“Semua Sudah” merupakan karya ciptaan komposer, penerbit dan rapper terkenal Alif manakala lirik pula merupakan tulisan bersama Alif dan Lizzy sendiri.

Ini merupakan pertama kali Lizzy bekerjasama dengan Alif yang sebelum ini menghasilkan banyak lagu hits untuk penyanyi terkenal tanahair seperti Kaka Azraff, Zizan Razak, De Fam, Joe Flizzow, Adira dan ramai lagi.

BACA  Giliran Jong Hyun CN Blue & Jong Hoon FT Island Pula Terbabit Isu Video Seks

Alif yang dikenali ramai menerusi gaya tersendiri dalam rentak ciptaannya, menggubah “Semua Sudah” dengan menyuntik elemen kontemporari dan rentak hip hop yang ‘catchy’. Ditambah lagi dengan melodi yang mesra telinga dan bait-bait lirik yang menggunakan bahasa yang mudah diingati, lagu ini dijangka bakal mencuri dan mengikat perhatian pendengar.

View this post on Instagram

Midnight. #SemuaSudah

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtsm) on

Melalui video teaser yang dikongsikan Lizzy menerusi akaun Instagramnya, rata-rata peminat memberi respon yang positif dan teruja menantikan lagu ini dilancarkan sepenuhnya nanti. Pemilik nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei yang sedang rancak mengukir namanya dalam bidang lakonan ini turut menyifatkan bahawa single ini merupakan karyanya yang paling digemari.

Single “Semua Sudah” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 14 Disember 2018.