Baru-baru ini, tindakan penyanyi dari Akademi Fantasia musim ke-enam, Nubhan memuatnaik dua keping gambar tidak berbaju di laman Instagramnya menimbulkan tanda tanya di kalangan pengikutnya.

Nubhan yang selama ini jarang tercalit sebarang kontroversi ketika dihubungi oleh Astro Gempak memberitahu tindakannya itu tidak berniat melakukan gimik murahan.

“Saya muatnaik gambar itu sekadar suka-suka saja. Dalam masa beberapa jam sahaja, tiba-tiba ada komen daripada netizen yang buat saya tidak selesa. 

“Saya sudah padam gambar tersebut. Rasa tak sedap pula membaca beberapa komen berbentuk kecaman,” kata Nubhan.

Penyanyi berusia 32 tahun ini menafikan tindakannya itu tidak dipengaruhi sesiapa namun dibuat sekadar suka-suka. Nubhan dan isterinya, Afifah Hidayah Taufek mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 di Seremban, Negeri Sembilan. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan Aafiya Kamilia berusia setahun dan isterinya kini sedang hamil anak kedua.

BACA  Apa Kaitan 4 Selebriti Ini Dengan Chatime?

Hangat.com mendoakan agar Nubhan senantiasa suskses dalam kerjaya dan senantiasa bahagia disamping keluarga yang tersayang.