Tahniah buat penyanyi Sufie Rashid yang selamat mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya, Nurul Ain Md Yusof. Majlis pertunangan telah diadakan di kediaman Ain yang juga merupakan ahli perniagaan di Senawang, Negeri Sembilan.

“ Alhamdulillah, selepas dua tahun bercinta kami kini bergelar tunangan. Saya gembira apabila majlis dirancang berjalan lancar.

“Sejujurnya sepanjang majlis berlangsung saya gementar sebab ini pengalaman pertama. Dalam masa sama, saya terharu dengan sokongan daripada keluarga. Ramai yang datang.

“Tahun depan lebih mencabar sebab nak fikir persiapan majlis nikah pula. Insya Allah, doakan yang baik-baik untuk kami,” katanya kepada Harian Metro.

Sufie atau nama sebenarnya, Mohammad Sufie Rashid bersetuju untuk menetapkan tempoh pertunangan selama setahun.

Juara Akademi Fantasia 2015 itu memberikan enam dulang hantaran termasuk sebentuk cincin.Selepas perbincangan, keluarga belah pihak bersetuju mengikat tali pertunangan selama setahun.

BACA  Shuk Sahar & Sean LJE Hos I Can See Your Voice Malaysia 2 !

Turut ditetapkan wang hantaran perkahwinan SGD10,000 (RM30,421) serba satu. Hangat.com ingin mengucapkan tahniah kepada Sufie dan pasangan, semoga berkekalan hingga ke Jannah, aamiin!