Meskipun hasrat melihat Skuad Harimau menjulang kejayaan pada Piala AFF 2018 tidak kesampaian, Fizz Fairuz tetap meraih ‘kemenangan’ isterinya, Almy Nadia.

Fizz berkata, ketika rakyat Malaysia berdebar menanti keputusan perlawanan bola sepak antara skuad negara dan Vietnam, debarannya berganda apabila isterinya sedang bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

“Serba tidak kena jadinya, dalam debaran menanti keputusan Piala AFF 2018, isteri pula sedang menanti saat untuk melahirkan anak kami. Syukur, saya ibarat ‘menang’ besar malam tadi apabila isteri selamat melahirkan anak perempuan ketiga kami.

“Berat bayi 3.31 kilogram. Rezeki kami dapat anak perempuan lagi, meskipun menanti detik kelahirannya cukup mendebarkan. Bayi kami pada mulanya songsang dan doktor sudah memaklumkan, jika kedudukannya tidak beralih, mungkin Almy terpaksa menjalani pembedahan” kata Fizz kepada BH Online.

Pelakon ‘Nur Kasih’ itu berkata, anak ketiganya dilahirkan kira kira jam 11.30 malam semalam secara normal di sebuah hospital swasta di Setapak.

“Alhamdulillah, doa kami semua dimakbulkan apabila urusan melahirkan bayi ini dipermudahkan. Almy begitu lega kerana tidak perlu menjalani pembedahan,” jelasnya lagi.

Untuk makluman, Fizz dan Almy yang mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 3, dan Nur Afirna Aurora, 2, serta anak angkat, Nur Afrina Darwisya, 9.

BACA  Adam Levine Berundur Dari The Voice Selepas 16 Musim Bersama

Hangat.com mendoakan agar pasangan Fizz dan Almy senantiasa berbahagia disamping keluarga yang bahagia serta harmoni.