Tahniah kepada pelakon Sasqia Dahuri yang kini bergelar isteri kepada Muhammad Asyraff Khan Baharudin Khan. Pelakon berusia 33 tahun itu selamat dinikahkan dengan ahli perniagaan hartanah Singapura, malam tadi.

IKLAN

Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Masjid Ar Rahimah, Kampung Pandan, Ustaz Muhamad Nazri Ramli berwalikan bapanya, Datuk Ahmad Dahuri Mahmud dan menerima mas kahwin sebanyak RM80.

Sasqia atau nama sebenarnya Nurlisasqia Ahmad Dahuri menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas dengan jumlah sama dari pihak pengantin lelaki. Terdahulu, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Januari lalu selepas lima bulan berkenalan.

BACA  Heliza Helmi Komen Isu Emma Maembong Buka Tudung

Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis ini mengenali Asyraff ketika menghadiri sebuah acara di Singapura, tahun lalu. Majlis resepsi pihak perempuan akan berlangsung hari ini manakala pihak lelaki pada 29 Disember ini.