Keluarga besar pelakon Datin Sri Zizie Ezette bakal menerima ahli baru apabila pelakon itu bakal bersalin tidak lama lagi. Terdahulu Zizie yang berkahwin dengan Dato’ Sri Bung Moktar bin Radin dikurniakan anak kembar lelaki Adam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada awal tahun lalu dan turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, dan Aaric Zayn Izette.

Umum Jantina Anak

Malah semalam, kakak kepada pelakon Shaheizy Sam ini turut berkongsi beberapa keping gambar ‘photoshoot’ dirinya yang sedang sarat hamil. Dalam gambar itu juga, kelihatan Zizie mengumumkan khabar gembira apabila dia bakal melahirkan seorang bayi perempuan menerusi akaun Instagram nya.

BACA  Kilafairy Mengamuk "I Will F*ck You Up", Nelydia Senrose Jadi Mangsa?

Bakal Bersalin Pada Mac 2019

Ketika ramai yang bertanya bilakah Zizie akan bersalin sebelum ini, pelakon ini terlebih dahulu memberi petunjuk bahawa dia akan bersalin pada Mac 2019.

” Perempuan.. Jumpa kamu pada Mac nanti bidadari kecil ku”

Rata-rata pengikutnya serta rakan-rakan artis mengucapkan tahniah atas pengumuman tersebut selain mendoakan kesihatan Zizie dan anaknya itu dalam keadaan sihat sejahtera. Kami di Hangat.com turut ingin mendoakan agar urusan bersalin Zizie akan dipermudahkan kelak!