Penjualan tiket konsert BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR yang dilancarkan pada 12 Disember 2018 mendapat sambutan luar biasa apabila tiket habis dijual dalam masa dua hari.

Ramai BLINKS yang terlepas peluang membeli tiket konsert dan berharap pihak penganjur dapat memberi peluang untuk bertemu idola kesayangan mereka. Disebabkan itu, MacpiePro membuat keputusan menganjurkan satu lagi konsert BLACKPINK 2019 WORLD [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR pada 24 Februari 2019, pukul 6 petang di Stadium Malawati, Shah Alam.

Tiket konsert akan dijual pada harga sama iaitu RM273 (Zon Biru), RM373 (Zon Hijau),  RM483 (Zon Ungu), RM573 (Zon Kuning), RM673 (Zon Merah) dan RM693 (Zon BLINK).

BACA  Maya Karin Tidak Sangka Luahan Hati Jadi Inspirasi Netizen

MacpiePro akan membuka jualan tiket ‘offline’ selama tiga hari bermula 28 hingga 30 Disember 2018 pada pukul 12 tengah hari di pusat membeli-belah Atria Shopping Gallery
dan kedai gaya hidup digital Mcalls di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall,
Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall JB, Pusat Servis Mcalls MMall Pulau
Pinang dan booth Mcalls di Plaza Low Yat (tingkat 4).

Manakala jualan tiket secara dalam talian di laman web rasmi MacpiePro akan dibuka pada  31 Disember 2018, tepat pukul 12 tengah hari.

HITS Deal Mcalls Kembali Lagi!

Memandangkan HITS Deal Mcalls mendapat sambutan menggalakkan pada jualan kali
pertama, Mcalls memperkenalkan semula pakej ini khas HITS Deal Mcalls Kembali Lagi! HITS Deal Mcalls Kembali Lagi! untuk BLINKS.

BACA  "Pemimpin Terbaik!" - Netizen Puji Pengorbanan Norman Hakim Bersama Keluarga

Dengan pembelian mana-mana Pakej HITS, BLINKS berpeluang menikmati HITS Deal yang menawarkan diskaun 40 peratus bagi tiket pertama dan 10 peratus untuk pembelian tiket kedua bagi zon Merah dan BLINK selain menikmati Internet berkelajuan tinggi, panggilan ke semua rangkaian tempatan dan SMS percuma setiap bulan! BLINKS juga akan mendapat jaminan kemasukan dan berpeluang memenangi pas ‘sound check’. BLINKS tidak perlu bimbang tiket habis terjual atau perlu beratur dalam barisan yang panjang!

HITS Deal boleh dibeli pada 18 hingga 30 Disember 2018, bermula pukul 12 tengah hari di
laman web rasmi Mcalls dan kedai gaya hidup digital Mcalls di NU Sentral, Sunway Pyramid,
Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Paradigm Mall JB, Pusat Servis
Mcalls MMall Pulau Pinang dan booth Mcalls di Plaza Low Yat (tingkat 4).

BACA  Jumlah Pengikut Instagram Paling Ramai Di Korea Milik Lisa Blackpink!