Semalam acara karpet merah pertandingan ratu cantik dunia, Miss Universe 2018 telah diadakan di Bangkok Thailand. Ketika ini acara gilang gemilang itu masih rancak dilangsungkan dimana pada hari ini, pemenang Miss Universe 2018 akan diumumkan.

IKLAN

Menurut sumber, senarai 20 calon Miss Universe telah diumumkan menyaksikan wakil dari Filipina, Afrika Selatan, Nepal, Vietnam, Thailand, Poland, Belgium, Great Britain, Hungary, Ireland, Curacao, Costa Rica, Canada, Puerto Rico, Jamaica, USA, Venezuela, Indonesia, Brazil, dan Australia mara ke pusingan seterusnya.

Nur Sajat Hadiri Acara Karpet Merah

Dalam acara karpet merah tersebut kelihatan usahawan selebriti terkenal, Nur Sajat Kamaruzzaman turut hadir memeriahkan acara tersebut. Tampil dengan busana serba merah Sajat hadir ditemani rakan dan teman lelakinya, Coach Yin. Usahawan ini dikhabarkan sudah beberapa hari di sana bagi menghadiri acara tersebut.

BACA  "Saya Takkan Maafkan Sampai Mati"- Coach Yin Terkilan Difitnah Mengusik Zizi Kirana

Netizen ‘Usik’ Nur Sajat

Menerusi beberapa keping yang dikongsi Sajat di laman Instagram nya terdapat juga usikan daripada netizen yang menginginkan usahawan tersebut masuk bertanding di dalam pertandingan seumpama itu.

Malah menerusi sebuah video ‘catwalk’ yang dimuat naiknya di laman Instagram turut mendapat perhatian netizen. Apa kata anda jika Sajat masuk pertandingan seumpama ini? Berniaga sudah, berlakon dan menyanyi sudah. Tidak mustahil bukan?