Masih segar dalam ingatan kami mengenai penangan kumpulan korea (K-Pop) terkenal, BTS saat filem mereka ditayangkan di Malaysia. Peminat mereka yang dikenali sebagai Army Malaysia bagaikan terkena histeria menonton trailer filem tersebut.

Tony Fernandes Sahkan BTS Bakal Berada Di Malaysia

Terbaru, Ketua Pengarah Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes menerusi laman Instagram nya mengesahkan kehadiran BTS di Malaysia tidak lama lagi. Menerusi petunjuk tersebut, BTS dikhabarkan akan melangsungkan konsert sulung mereka di Malaysia dalam masa terdekat.

Peminat Teruja

Melihatkan pada pengumuman tersebut sudah pasti Army Malaysia antara yang pertama teruja dengan khabar berita itu. Sebelum ini, kumpulan itu telah mengumumkan akan membuat jelajah dunia termasuk beberapa negara Asia namun Malaysia tiada dalam senarai tersebut.

BACA  Marvel Umum Tayangan Avengers: EndGame Versi Baharu Minggu Hadapan!

Jika Tony sendiri telah membuat pengumuman ini, kami mengandaikan Malaysia juga bakal tersenarai dan barangkali AirAsia merupakan penerbangan rasmi mereka di sini? Sama-sama kita nantikan pengumuman selanjutnya!