Sebelum ini, Hangat.com ada mengeluarkan satu artikel mengenai Kilafairy mengamuk di twitter gara-gara segelintir manusia yang melakukan keganasan terhadap haiwan peliharaan.

IKLAN

Kebetulan, kenyataan Kilafairy  itu dikeluarkan selepas pelakan Nelydia Senrose memuatnaik gambar di Dubai, meluangkan masa bersama ikan lumba-lumba. Rata-rata netizen menufuh Kilafairy menyindir Nelydia di Twitter yang menyentuh isu hak asasi haiwan.

Bukan Ditujukan Kepada Nelydia Senrose

Namun menerusi laporan dari Utusan Online, Kilafairy menafikan dia cuba mewujudkan perbalahan dengan pelakon itu. Kilafairy berkata, kenyataannya itu ditujukan pada orang tertentu andai individu itu terdiri dalam kalangan manusia bodoh yang hilang pertimbangan menyeksa haiwan sebagaimana yang sering dipaparkan dalam internet.

“Lepas tengok gambar Nelydia bermesra dengan ikan lumba-lumba di Instagram, saya sendiri komen pada gambar tersebut dan suka melihatnya. Tapi tak sangka ada pihak yang memutarbelitkan hal ini sehinggakan Nelydia pun turut kecewa,” katanya.

Kilafairy menjelaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah bermasam muka dengan Nelydia sejak isu ini dihebohkan oleh netizen. Walaubagaimanapun dia bertegas tidak akan berdiam diri dalam isu hak asasi haiwan kerana menganggap ia adalah salah satu daripada matlamat hidupnya, katanya kepada Utusan Online.

BACA  Nama Suhaimi Saad Digugurkan Dari Konsert Kerana Kontroversi ?