Penyanyi remaja Tajul bukanlah satu nama baru dalam industri hiburan. Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor bin Md. Shari mula mencipta nama sekitar 2016 menerusi single hits nya berjudul Sedalam-dalam Rindu sebelum semakin dikenali selepas tampil dengan beberapa single duet bersama penyanyi Wany Hasrita.

Netizen Mahu Tajul Berubah

Terbaru menerusi laman Twitter, timbul sebuah isu mengaitkan penyanyi ini apabila terdapat dakwaan daripada netizen yang melihat sikap Tajul seperti kurang sopan dan melabelkannya sebagai imej ‘rempit’.

Isu tersebut bermula apabila netizen tersebut memuat naik kembali video wawancara dari blog hiburan beberapa bulan yang lalu sewaktu dia menyertai rancangan realiti Big Stage yang dilihat para netizen seperti tidak sopan.

Hanya Tumpang Populariti Abang

Dalam komen kenyataan tersebut juga netizen menyifatkan Tajul hanya menumpang populariti abang-abangnya sebelum ini iaitu Allahyarham Achik Spin dan Khalis.

Meskipun begitu bagi sesetengah netizen mereka menganggap Tajul berbakat besar namun sikapnya perlu diubah bagi diterima baik dalam industri. Adakah benar dakwaan tersebut? Barangkali Tajul hanya menjadi dirinya sendiri menyebabkan sesetengah pihak telah tersalah anggap mengenai sikapnya.

SUMBERGambar Instagram Tajul
Artikel SebelumnyaUlangi Sejarah! Ratu Filipina, Catriona Gray Dimahkotakan Sebagai Miss Universe 2018
Artikel Seterusnya10 Foto Seksi Miss Universe 2018 Catriona Gray, Pemilik Tali Pinggang Hitam Choi Kwang-Do
Khai Azfar
Writes to Express Not to Impress