Peserta dari Filipina, Catriona Gray dinobatkan sebagai Miss Universe 2018 di Bangkok, Thailand bagi edisi ke-67 penganjuran Miss Universe. Catrional berusia 24 tahun merupakan model berdarah Filipina-Australia yang juga berprofesi sebagai penyampai TV dan penyanyi. Catriona pernah menjuarai 2 pertandingan kecantikan besar di Filipina, iaitu Miss Universe Philippines 2018 dan Miss World Philippines 2016.

Catriona yang dilahirkan di Cairns, Queensland ini mengenepikan peserta dari Afrika Selatann dan Venezuela bagi merebut gelaran itu. Dia menerima mahkota Miss Universe daripada pemenang tahun lalu, Demi-Leigh Nel-Peters dari Afrika Selatan.

Kemenangan Catriona telah mengulangi sejarah di negaranya selepas Pia Wurtzbach pernah dimahkotakan gelaran Miss Universe pada tahun 2015.

Wanita yang pernah mendapatkan pendidikan di Australia dan Amerika Syrikat ini merupakan teman sebilik finalis dari Indonesia, Sonia Fergina Citra. Dengan populariti yang semakin meninggi dan menjadi inspirasi ramai wanita di luar sana, Catriona Gray sememangnya layak bergelarย Miss Universe 2018. Tahniah!