Boleh dikatakan semua filem DC dan Marvel kami ikuti dan tidak pernah ketinggalan. Seperti yang anda semua tahu, saban tahun Marvel memonopoli carta teratas mereka dengan terbitan filem baru. Tidak ketinggalan DC Comics turut tampil memberi saingan menerusi filem adiwira hebat mereka.

IKLAN

Aquaman Antara Filem Terbaik DC

Terdahulu, DC sudah tampil dengan beberapa filem adiwira termasuklah Wonder Woman, Justice League dan Suicide Squad yang bagi kami merupakan antara naskhah terbaik mereka. Kini, serentak pada 13 Disember lalu tayangan rasmi filem tunggal Aquaman diperlihatkan seluruh dunia. Kami turut berkesempatan menonton filem ini dan apa yang boleh kami katakan Aquaman digarap dengan begitu baik sekali.

BACA  Daler Yusuf 'Diserang' Netizen Gara-Gara Tersalah Komen Di Instagram Siti Nurhaliza

Sisi Sebenar Aquaman

Sinematografi nya juga disusun dengan kemas meskipun terdapat beberapa babak CGI yang jelas ketara kelihatan. Dalam Justice League mungkin kita sudah melihat Aquaman sebagai seseorang yang agak tegas.

Namun dalam filemnya, sisi sebenar Aquaman jelas diperlihatkan sekaligus membuang tanggapan Aquaman yang terdahulu. Untuk anda yang belum menonton, pastikan filem DC terbaru ini berada dalam senarai wajib tonton anda!

Sinopsis Aquaman

Mengisahkan mengenai raja yang berdarah separa manusia dan Atlantis, Arthur Curry yang meningkat dewasa dengan kebolehannya tersendiri. Dunia Atlantis yang diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab dari Bumi menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berperang antara sama sendiri.

Khuatir akan peperangan tersebut menghancurkan dunia, seorang puteri raja dari Atlantis telah bertemu dengan Arthur untuk kembali menuntut takhta nya sekali gus menyelamatkan dunia dari peperangan.

BACA  Sombong & Lupa Diri! Penyanyi Ini Dedahkan Sikap Buruk Afgan